Isnin, November 08, 2010

Pusat Siber Rakan Muda Silam


Kepada semua belia yg menetap disekitar Daerah Lahad Datu adalah dialu-alukan sangat untuk mengunjungi Pusat Siber dan Kegiatan Rakan Muda Silam di Fajar Centre Lahad Datu. Untuk makluman anda juga, Pusat Siber Rakan Muda ini telah lama dibuka dan kami masih giat mempromosikan Pusat Siber ini untuk kemudahan kita bersama. Kegunaan Pusat Siber Rakan Muda ini adalah "PERCUMA" kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya.

Setelah ia beroperasi sejak awal 1 Oktober lepas, jumlah pengguna masyarakat / belia di Pusat Siber ini agak berkurangan sedikit dan ini amatlah merugikan kita semua. Pusat Siber diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah sebagai salah satu usaha pihak Kementerian melahirkan belia yg berintegriti, proaktif, dan berinovatif. Pihak Kementerian juga berharap dengan adanya Pusat Siber ini dapatlah kiranya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegiatan2 yg tidak berfaedah oleh remaja/belia terutamanya dihujung minngu.

Oleh yg demikian, marilah kita mengambil peluang yg ada ini untuk membantu pihak Kementerian mencapai objektifnya dan seterusnya membantu diri kita sendiri untuk tidak terpengaruh dari melakukan aktiviti2 yg tidak sihat.

Salam Rakan Muda...!!!

Jumaat, April 23, 2010

PROGRAM SEMINAR KERJAYA SEHARI

Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung2 Blog KRM Silam.

Untuk pengetahuan pada 1hb Mei 2010, Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Lahad Datu dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Silam akan menganjurkan Program Seminar Kerjaya Sehari yang akan diadakan di Hotel De Leon, Lahad Datu. Perasmian dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Silam, Y.B Hj. Salleh Bin Hj. Kalbi.

Program ini antara lain berobjektifkan memberi pendedahan awal kepada golongan belia yang ingin mencari kerjaya mereka selepas menamatkan persekolahan mahupun mereka yang masih belum berkerja.

Kelab Rakan Muda sendiri akan menghantar peserta seramai 20 orang ke Program tersebu. Selain KRM Silam, Persatuan lain di daerah Lahad Datu juga akan dilibatkan sekali termasuklah Puteri UMNO.

Justeru itu, kepada ahli-ahli Kelab yang berminat untuk menyertai program sehari ini sila datang ke Pusat Kegiatan Rakan Muda di Bandar Fajar atau menghubungi Pengerusi KRM En. Rozaidi di talian 014-5530646 untuk pendaftaran.

Sekian, Terima Kasih.

Tentatif Program :

Program Seminar Kerjaya Sehari
Tarikh : 1hb Mei 2010
Tempat : Hotel De Leon, Lahad Datu.
Masa : 8.00am - 12.30 t/hari

Sabtu, April 17, 2010

KRM SILAM BERSAMA JABATAN PENERANGAN LAHAD DATU





Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung setia blog KRM Silam. Terlebih dahulu kami menyusun jari memohon maaf atas keterlewatan kami untuk mengemaskini blog krm silam ini disebabkan kesibukan yang amat sangat..maklumlah semua kami nie dah berkerja..hehe..apapun pada16 - 17 April 2010 satu Program Sepakat Bestari Komuniti Bestari peringkat daerah Lahad Datu telah diadakan di Dataran Palma, Lahad Datu. Kelab Rakan Muda Silam sekali lagi menerima jemputan untuk mengadakan pameran dan ini merupakan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh KRM Silam. KRM Silam yang dipimpin oleh Pengerusi yang macho lagi berkarisma saudara Rozaidi telah mengetuai barisan krm silam yang mengadakan promosi keahlian Kad Rakan Muda seterusnya mempromosikan keahlian Kelab Rakan Muda. Kami juga turut mempromosikan pelbagai program yang bakal Kelab anjurkan mahupun dari Jabatan Belia dan sukan sendiri.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Program ini melibatkan seluruh komuniti supaya turut sama menyertai program dan dasar-dasar2 yang telah dijalankan oleh kerajaan selaras dengan matlamat 1 Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.50 Lahad Datu. Pelbagai program yang telah disediakan oleh pihak penganjur selain pameran termasuklah Pertandingan Karaoke Terbuka, Pertandingan Shuffle solo & Berkumpulan, Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Gubahan Bunga dan Kek, Pertandingan Boling padang dan banyak lagi.

Tahniah juga kepada Kelab Rakan Muda Silam yang telah berjaya menambahkan ahli baru serta keahlian Kad Rakan Muda. Sebanyak 100 buah kad disediakan ternyata kurang apabila but Rakan Muda mendapat perhatian ramai dari kalangan remaja. Selepas ini Kelab Rakan muda Silam merancang akan mengadakan Promosi bergerak di seluruh daerah Lahad Datu dalam usaha mempromosikan Rakan Muda ke akar rumbi.






Ahad, Mac 21, 2010

PROGRAM CINTA ALAM PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU






Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia dan salam Rakan Muda kami ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung blog KRM Silam ini. Baru-baru ini, pada 20hb Mac 2010 (Sabtu) Pejabat Parlimen P.188 Silam dengan kerjasama Pejabat Kementerian Belia dan Sukan (N) Lahad Datu mengadakan program Cinta Alam yang berbentuk gotong royong bertempat di 3 lokasi iaitu Dewan Masyarakat, Balai Polis dan Pondok Polis Lahad Datu. Kelab Rakan Muda Silam tidak ketinggalan untuk menyertai program kemasyarakatan ini apabila Pejabat Parlimen menjemput KRM Silam untuk menyumbang dan berbakti seterusnya menjayakan program ini. Semua lapisan masyarakat Lahad Datu yang terdiri daripada pelbagai kaum turut serta memeriahkan program ini yang dirasmikan oleh YB Salleh Kali, Ahli Parlimen P.188 Silam.

Selain KRM Silam, pertubuhan belia lain juga dijemput antaranya, Persatuan Belia Ikhwan Lahad Datu, Kelab Teluk Darvel, Persatuan Inspirasi Lahad Datu, Persatuan Belia Present 21, Puteri UMNO dan sebagainya.




Sabtu, Mac 06, 2010

SYABAS &TAHNIAH KRM SILAM....!!!!!



inilah wajah pemain skuad KRM Silam

Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung-pengunjung blog Kelab Rakan Muda Silam. Pada 06 Mac 2010 (Sabtu), Kelab Rakan Muda Silam menyertai satu pertandingan Futsal Wanita Terbuka Seluruh Sabah bertempat di Futsal Dynasion Corporation Sdn. Bhd. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah penubuhan Kelab untuk menyertai Futsal Wanita Terbuka Seluruh Sabah. Tujuan penyertaan pasukan KRM Silam dalam pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain untuk lebih bersedia pada kejohanan akan datang.

Sebanyak 11 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan kali ini, dan 10 pasukan adalah mereka yang telah lama berkecimpung dalam arena Futsal Wanita di sekitar daerah Lahad Datu dan Tawau. 2 pasukan dari Tawau turut memeriahkan kejohanan ini iaitu Orenge FC dan Yaw Yaw FC yang sememangnya adalah pasukan terkuat dalam kejohanan ini. Format pertandingan ialah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Antara pemain yang mewakili team KRM Silam ialah Hatijah, Lala, Ain, Wiwie, Judy, CT Nor, Isma dan Asda.
Niat KRM Silam untuk mengelakkan di undi dalam kumpulan sukar tidak menjadi kenyataan kerana diundi bersama JUARA BERTAHAN, Jaguh Sport FC, JUARA 4 kali Padus A FC, Desa Kencana dan Tungku FC. Manakala Kumpulan A terdiri daripada Orenge FC, Padus B FC, Hippies FC, Yaw Yaw FC dan Puteri UMNO.
pemain KRM Silam bersalaman ketika menentang Jaguh Sport. Keputusan
KRM Silam 2 Jaguh Sport 2

KRM Silam memulakan aksi dengan menentang Juara Bertahan, Jaguh Sport. Ramai yang beranggapan KRM Silam akan kalah teruk tetapi andaian tersebut meleset sama sekali apabila KRM Silam berjaya mengimbangkan perlawanan untuk mengikat Jaguh Sport 2-2 walaupun pada satu ketika KRM Silam mendahului 2-1. Kedua-dua jaringan KRM Silam dijaringkan oleh Cik Hatijah. Keputusan ini betul-betul mengejutkan ramai pihak termasuk penganjur dan sekaligus melabelkan KRM Silam sebagai pasukan Pilihan bersama Jaguh Sport dan Padus A.

KRM Silam sekali lagi membuktikan kewibawaan mereka apabilah meratah pasukan Desa Kencana 3-2. walaupun selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. 1 jaringan cik Isma dan 2 jaringan Hatijah sudah cukup memberi tiga mata penuh untuk pasukan KRM Silam. Perlawanan ke 3 menemukan KRM Silam menentang Padus A, perlawanan yang dijangka sengit dan menarik oleh semua pihak. Namun ternyata meleset, pengalaman membezakan kedua-dua pasukan apabila KRM Silam mudah dibelasah tanpa belas kasihan 0-6. Akibat kekalahan ini, moral para pemain KRM Silam mula turun dan nampak keletihan diwajah mereka apabila sekali lagi turun kali ini menentang Tungku FC. Akibat keletihan dan masih dibayangi dgn kekalahan besar, KRM Silam hanya mampu seri 0-0 dengan Tungku.

Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain KRM Silam kerana berjaya membuka mata ramai pihak dengan prestasi mengejutkan walaupun baru sahaja menyertai kejohanan ini. Ternyata pengalaman menentukan segalanya. KRM Silam gagal marah ke separuh akhir kerana hanya berjaya menduduki tangga ke 3 dari lima pasukan dalam kump. B. Sementara itu, pasukan dari Tawau Orenge FC muncul juara apabila menewaskan Juara Bertahan Jaguh Sport 3-0.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kpd team KRM Silam. KERANA ANDA TELAH MENGHARUMKAN NAMA KELAB RAKAN MUDA SILAM.

RAKAN MUDA YAKIN BOLEH GEMILANG..!!

Keputusan Perlawanan Kumpulan B (KRM Silam) :

KRM Silam 2 - 2 Jaguh Sport
Desa Kencana 2 - 3 KRM Silam
KRM Silam 0- 6 Padus 'A'
Tungku FC 0 - 0 KRM Silam

Kedudukan Kumpulan B
Jaguh Sport 10 mata
Padus 'A' 9 mata
KRM Silam 5 mata
Tungku FC 2 mata
Desa Kencana 1 mata.

Rabu, Mac 03, 2010

Berarak bersama Pejabat Parlimen Silam










Gambar yang sempat diambil semasa Kelab Rakan Muda Silam melibatkan diri dalam perarakan Maulidul Rasul peringkat Daerah Lahad Datu.

Jumaat, Februari 26, 2010

" PANTANG MAUT SEBELUM AJAL"

Mungkin inilah kata-kata yang sesuai digunakan oleh Kelab Rakan Muda seluruh Malaysia bagi menentang kenyataan Presiden Gerakan Belia 4B yg menginginkan Kelab Rakan Muda di seluruh malaysia DIBUBARKAN...alasannya Kelab Rakan Muda tidak lagi relevan pada masa kini..

Persoalannya, apa yang dimaksudkan releven oleh presiden Gerakan Belia 4B..?? Rakan Muda adalah remaja yang berumur 15-25 tahun.. dan kesemua pemimpin yang ada dalam komuniti KRM merupakan remaja yang berumur 15-25 tahun sahaja...program remaja hanya untuk remaja..so kenapa Gerakan Belia 4B Malaysia perlu masuk campur tangan dan cuba MEMBUNUH semangat anak-anak muda Malaysia..??? apa motif sebenar mereka....???

Justeru itu, Kelab Rakan Muda Silam menyeru kepada semua Kelab Rakan Muda Malaysia agar bersatu untuk menentang kenyataan pembubaran tersebut...buktikan kepada seluruh Malaysia bahawa pengwujudan Kelab Rakan Muda Malaysia adalah relevan dan memenuhu citarasa remaja masa kini...

" BERSATU KITA TEGUH...BERCERAI KITA ROBOH "

Sabtu, Februari 20, 2010

14 Pemain menjalani Latihan membawa cabaran Kelab


Pengurusan Kelab Rakan Muda Silam telah selesai memilih seramai 14 pemain untuk menjalani sesi latihan yang akan diadakan sebelah petang setiap hari selasa, khamis dan sabtu. Difahamkan senarai akhir untuk memilih seramai 8 pemain untuk menyarung jersi Rakan Muda silam akan diumumkan pada bulan Mac memandangkan pertandingan hanya akan bermula pada awal Mac.

Pada perjumpaan sebentar tadi, Pengurus Pasukan yang juga merangkap Pengerusi Kelab Rakan Muda Silam, pasukan ini akan dilatih pada setiap hari selasa, khamis dan sabtu ini kerana terdapat kesukaran para pemain untuk menghadiri sesi latihan pada hari lain. Rozaidi juga menegaskan pasukan ini akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan futsal wanita di daerah ini sebagai persiapan untuk menghadapai pertandingan tersebut.

Diharapkan pemilihan 14 pemain ini akan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh untuk dipilih dikalangan 8 terbaik bagi membawa cabaran Kelab dan seterusnya mengharumkan nama Kelab Rakan Muda Silam.

Jumaat, Februari 19, 2010

PERJUMPAAN KHAS KELAB RAKAN MUDA SILAM

Pengerusi Kelab Rakan Muda Silam, En. Rozaidi Surati akan mengadakan satu perjumpaan khas kepada seluruh keahlian Kelab Rakan Muda Silam bagi membincangkan isu keceriaan Pusat Kegiatan Rakan Muda dan penglibatan Kelab Rakan Muda dalam pertandingan Futsal Wanita Terbuka Seluruh Sabah.

Kepada semua ahli Kelab anda di WAJIBKAN datang perjumpaan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Rozaidi Surati di talian 014-5530646..

Perjumpaan ini akan diadakan di Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam di Bandar Fajar, Lahad Datu.

Tentatif Program :

Tarikh : 21 Februari 2010
Masa : 10.00 am
Tempat : Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam, Fajar Centre.

Khamis, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


TAKRIF KORBAN : Menyembelih binatang tertentu dengan niat taqarub kepada Allah s.w.t dan dilakukan pada hari Nahr @ Raya Haji. Dalam Ibadah Korban, seekor binatang yang dikorbankan di bahagikan kepada 7 bahagian. Al-Quran menegaskan, bahawa hakikat korban melalui kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail melalui firmannya: Berkatalah dia : " Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawasanya aku menyembelih engkau, maka renungkanlah apa pendapatmu." Surah Al-Saffat : 102.

Dikesempatan ini Kelab Rakan Muda Silam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli-ahli Rakan Muda Silam dan juga yang setia mengunjungi blog ini. Pihak KRM juga turut mengucapkan Salam Aidiladha kepada kakikatangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Pejabat Parlimen Silam dan warga KRM seluruh Malaysia.
Maaf Zahir & Batin.

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.