Sabtu, Mac 06, 2010

SYABAS &TAHNIAH KRM SILAM....!!!!!



inilah wajah pemain skuad KRM Silam

Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung-pengunjung blog Kelab Rakan Muda Silam. Pada 06 Mac 2010 (Sabtu), Kelab Rakan Muda Silam menyertai satu pertandingan Futsal Wanita Terbuka Seluruh Sabah bertempat di Futsal Dynasion Corporation Sdn. Bhd. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah penubuhan Kelab untuk menyertai Futsal Wanita Terbuka Seluruh Sabah. Tujuan penyertaan pasukan KRM Silam dalam pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain untuk lebih bersedia pada kejohanan akan datang.

Sebanyak 11 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan kali ini, dan 10 pasukan adalah mereka yang telah lama berkecimpung dalam arena Futsal Wanita di sekitar daerah Lahad Datu dan Tawau. 2 pasukan dari Tawau turut memeriahkan kejohanan ini iaitu Orenge FC dan Yaw Yaw FC yang sememangnya adalah pasukan terkuat dalam kejohanan ini. Format pertandingan ialah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Antara pemain yang mewakili team KRM Silam ialah Hatijah, Lala, Ain, Wiwie, Judy, CT Nor, Isma dan Asda.
Niat KRM Silam untuk mengelakkan di undi dalam kumpulan sukar tidak menjadi kenyataan kerana diundi bersama JUARA BERTAHAN, Jaguh Sport FC, JUARA 4 kali Padus A FC, Desa Kencana dan Tungku FC. Manakala Kumpulan A terdiri daripada Orenge FC, Padus B FC, Hippies FC, Yaw Yaw FC dan Puteri UMNO.
pemain KRM Silam bersalaman ketika menentang Jaguh Sport. Keputusan
KRM Silam 2 Jaguh Sport 2

KRM Silam memulakan aksi dengan menentang Juara Bertahan, Jaguh Sport. Ramai yang beranggapan KRM Silam akan kalah teruk tetapi andaian tersebut meleset sama sekali apabila KRM Silam berjaya mengimbangkan perlawanan untuk mengikat Jaguh Sport 2-2 walaupun pada satu ketika KRM Silam mendahului 2-1. Kedua-dua jaringan KRM Silam dijaringkan oleh Cik Hatijah. Keputusan ini betul-betul mengejutkan ramai pihak termasuk penganjur dan sekaligus melabelkan KRM Silam sebagai pasukan Pilihan bersama Jaguh Sport dan Padus A.

KRM Silam sekali lagi membuktikan kewibawaan mereka apabilah meratah pasukan Desa Kencana 3-2. walaupun selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. 1 jaringan cik Isma dan 2 jaringan Hatijah sudah cukup memberi tiga mata penuh untuk pasukan KRM Silam. Perlawanan ke 3 menemukan KRM Silam menentang Padus A, perlawanan yang dijangka sengit dan menarik oleh semua pihak. Namun ternyata meleset, pengalaman membezakan kedua-dua pasukan apabila KRM Silam mudah dibelasah tanpa belas kasihan 0-6. Akibat kekalahan ini, moral para pemain KRM Silam mula turun dan nampak keletihan diwajah mereka apabila sekali lagi turun kali ini menentang Tungku FC. Akibat keletihan dan masih dibayangi dgn kekalahan besar, KRM Silam hanya mampu seri 0-0 dengan Tungku.

Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain KRM Silam kerana berjaya membuka mata ramai pihak dengan prestasi mengejutkan walaupun baru sahaja menyertai kejohanan ini. Ternyata pengalaman menentukan segalanya. KRM Silam gagal marah ke separuh akhir kerana hanya berjaya menduduki tangga ke 3 dari lima pasukan dalam kump. B. Sementara itu, pasukan dari Tawau Orenge FC muncul juara apabila menewaskan Juara Bertahan Jaguh Sport 3-0.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kpd team KRM Silam. KERANA ANDA TELAH MENGHARUMKAN NAMA KELAB RAKAN MUDA SILAM.

RAKAN MUDA YAKIN BOLEH GEMILANG..!!

Keputusan Perlawanan Kumpulan B (KRM Silam) :

KRM Silam 2 - 2 Jaguh Sport
Desa Kencana 2 - 3 KRM Silam
KRM Silam 0- 6 Padus 'A'
Tungku FC 0 - 0 KRM Silam

Kedudukan Kumpulan B
Jaguh Sport 10 mata
Padus 'A' 9 mata
KRM Silam 5 mata
Tungku FC 2 mata
Desa Kencana 1 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.