Sabtu, April 17, 2010

KRM SILAM BERSAMA JABATAN PENERANGAN LAHAD DATU





Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung setia blog KRM Silam. Terlebih dahulu kami menyusun jari memohon maaf atas keterlewatan kami untuk mengemaskini blog krm silam ini disebabkan kesibukan yang amat sangat..maklumlah semua kami nie dah berkerja..hehe..apapun pada16 - 17 April 2010 satu Program Sepakat Bestari Komuniti Bestari peringkat daerah Lahad Datu telah diadakan di Dataran Palma, Lahad Datu. Kelab Rakan Muda Silam sekali lagi menerima jemputan untuk mengadakan pameran dan ini merupakan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh KRM Silam. KRM Silam yang dipimpin oleh Pengerusi yang macho lagi berkarisma saudara Rozaidi telah mengetuai barisan krm silam yang mengadakan promosi keahlian Kad Rakan Muda seterusnya mempromosikan keahlian Kelab Rakan Muda. Kami juga turut mempromosikan pelbagai program yang bakal Kelab anjurkan mahupun dari Jabatan Belia dan sukan sendiri.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Program ini melibatkan seluruh komuniti supaya turut sama menyertai program dan dasar-dasar2 yang telah dijalankan oleh kerajaan selaras dengan matlamat 1 Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.50 Lahad Datu. Pelbagai program yang telah disediakan oleh pihak penganjur selain pameran termasuklah Pertandingan Karaoke Terbuka, Pertandingan Shuffle solo & Berkumpulan, Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Gubahan Bunga dan Kek, Pertandingan Boling padang dan banyak lagi.

Tahniah juga kepada Kelab Rakan Muda Silam yang telah berjaya menambahkan ahli baru serta keahlian Kad Rakan Muda. Sebanyak 100 buah kad disediakan ternyata kurang apabila but Rakan Muda mendapat perhatian ramai dari kalangan remaja. Selepas ini Kelab Rakan muda Silam merancang akan mengadakan Promosi bergerak di seluruh daerah Lahad Datu dalam usaha mempromosikan Rakan Muda ke akar rumbi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.