Rabu, Ogos 19, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN


Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda, Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadhan kami ucapkan kepada semua pengunjung2 setia blog KRM Silam ini, di kesempatan ini pihak KRM Silam mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bersyukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnianya kita sekali lagi dapat merasakan nikmat bulan ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

Sempena bulan Ramadhan ini, satu program yang telahpun dirangka untuk para belia dan ahli rakan muda khasnya bagi mengisi aktiviti di bulan ramadhan iaitu Program Rakan Muda Ramadhan. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Sahsiah Remaja oleh Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun dengan melibatkan 5 buah masjid/program setiap daerah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 570 buah masjid/program seluruh Malaysia.

Program dibawah Gaya Hidup Rakan Masyarakat ini antara lain bertujuan membentuk satu generasi belia yang berazam untuk menjadi muslim sejati, memiliki sahsiah dan disiplin diri yang terpuji dengan mencontohi Rasulullah s.a.w, dimana mereka juga meyakini bahawa al-Quran itu adalah wahyu Allah s.w.t yang menjadi panduan dan pembimbing perjalanan hidup manusia di dunia dalam mengejar al-falah di akhirat kelak.

Terdapat 4 bentuk program yang boleh dilaksanakan dalam Rakan Muda Ramadhan ini iaitu Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran, Sembahyang Tarawih dan Witir, Program Penghayatan Ramadhan, Program Sambutan Nuzul Al-Quran dan Program Rakan Muda Khatam Al-Quran Peringkat Negeri.

KUMPULAN SASARAN
i) Remaja muslim berumur 15-25 tahun
ii) Penggerak Rakan Muda
iii) Sukarelawan Rakan Muda
iv) Pelajar-pelajar Sekolah Menengah (Ting. 3 ke atas)
v) Pelajar-pelajar IPT/Kolej/Institut Perguruan

vi) Rakan Muda di Sektor Kilang/Perkhidmatan/Awam

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut sila berhubung terus ke :

Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau
Ting. 4, Wisma Persekutuan Tawau.

No. Tel : 089-776680

atau terus ke :

Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan.

No. Tel : 088-765 771/765 777

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.