Isnin, Ogos 17, 2009

KARNIVAL RAKAN MUDA SEKTOR KEMAJUAN TANAH (FELDA) SELESAI DILANCARKAN

Tepat pukul 12.33 t/hari, Ahli Parlimen Silam YB. Hj. Salleh Bin Hj. Kalbi secara rasmi menutup Program Karnival Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (FELDA) peringkat Negeri Sabah di Dewan Kolej KINI, Cenderawasih Felda Wilayah Sahabat, Lahad Datu. Karnival ini berjaya menambat hati seramai 2000 belia yang datang dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Program Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (FELDA) ini memberi tumpuan dari aspek pembangunan modal insan yang meliputi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dikalangan belia remaja yang berada di FELDA. Program Karnival anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan Felda Wilayah Sahabat ini antara lain bertujuan membentuk belia prihatin, mahir dan dinamik sesuai dengan agenda pembangunan negara masakini. Ia juga memperluaskan skop dan capaian kumpulan sasar Program Rakan Muda kepada belia di kawasan FELDA. Justeru itu, Karnival ini juga dapat melahirkan belia FELDA kaya dengan kemahiran diri, sikap patriotisme, daya kepimpinan dan jatidiri yang terpuji melalui aktiviti kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena Karnival ini termasuklah pertandingan Futsal, Bola Tampar lelaki dan wanita, Bola Jaring serta Pameran dari kalangan Persatuan
Belia FELDA dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah sendiri (Unit Rakan Muda) . Ternyata Booth JBS Negeri paling mendapat tumpuan dan pelawat yang teramai, ini kerana selain pendaftaran percuma keahlian Rakan Muda, Booth JBS Negeri juga menawarkan hadiah misteri kepada pengunjung terawal dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Antara Pegawai Negeri yang turut berada di booth tersebut termasuklah PP Noorman, Pn. Fatimah, En. Fazly, Abg. Sam. Cik Rabiah, PRM Silam Rizal dan Sukarelawan Rakan Muda, Pn Norlela.

Keputusan Pertandingan Karnival Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah FELDA

Futsal :

1) Felda Anjung Teduh
2) Felda Desa Kencana

3) Felda Umas


Bola Tampar (L)

1) Felda Umas
2) Felda Anjung Teduh

3) Felda Desa Kencana

Bola Tampa (W)

1) Felda Desa Kencana

2) Felda Umas
3

) Felda Anjung Teduh

Bola Jaring
1) Felda Anjung Teduh

2) Felda Umas

3) Felda Desa Kencana


corat-coret Karnival Rakan Muda FELDA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.