Khamis, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


TAKRIF KORBAN : Menyembelih binatang tertentu dengan niat taqarub kepada Allah s.w.t dan dilakukan pada hari Nahr @ Raya Haji. Dalam Ibadah Korban, seekor binatang yang dikorbankan di bahagikan kepada 7 bahagian. Al-Quran menegaskan, bahawa hakikat korban melalui kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail melalui firmannya: Berkatalah dia : " Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawasanya aku menyembelih engkau, maka renungkanlah apa pendapatmu." Surah Al-Saffat : 102.

Dikesempatan ini Kelab Rakan Muda Silam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli-ahli Rakan Muda Silam dan juga yang setia mengunjungi blog ini. Pihak KRM juga turut mengucapkan Salam Aidiladha kepada kakikatangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Pejabat Parlimen Silam dan warga KRM seluruh Malaysia.
Maaf Zahir & Batin.

Ahad, Oktober 11, 2009

PROGRAM PAMERAN SEPAKAT BESTARI

Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kpd semua pengunjung2 setia blog KRM Silam ini. Terlebih dahulu kami memohon maaf diatas keterlewatan kami mengupdate blog KRM Silam ini diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apapun keadaaan dah semakin baik seperti sedia kala..ehe...

Pada bulan 17 - 18 Oktober ini, Pejabat Belia dan Sukan (P) Lahad Datu dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Silam akan mengadakan Pameran yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Lahad Datu bertempat di Dataran SEDCO, Lahad Datu.


Program ini antara lain bertujuan menyampaikan maklumat dan fungsi sesuatu Kementerian/Jabatan atau Swasta kepada orang ramai melalui aktiviti pameran.
Justeru itu, semua ahli Kelab Rakan Muda Silam dan semua yang bermastautin di Lahad Datu, kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk turut sama-sama memeriahkan Program ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti Pertandingan Mewarna (kanak-kanak), Persembahan Tarian Kebudayaan, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Shuffle, Cabaran Mari Memasak, Persembahan Pentarama dan Senam Seni.

PROGRAM SEPAKAT BESTARI KOMUNITI BESTARI 2009

TARIKH : 17-18 OKTOBER 2009

BERTEMPAT : DATARAN SEDCO, LAHAD DATU.

Isnin, September 14, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2009

KEPADA SAHABATKU, RIZAL RAPHAEL & ISTERI, AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN IKHLAS DARIKU :-
MOHD HALBI @ BEL & ISTERI
WP PUTRAJAYA


D kesempatan ini juga, saya (Chalz) dan isteri trsayang (Chelsea) mgucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kpd semua ahli Rakan Muda Seluruh Malaysia..x lupa juga buat semua Penggerak Rakan Muda khasnya Penggerak dr Sabah..Maaf Zahir dan Batin.
Buat Ahli Rakan Muda Silam, jemput dtg ke rumah..yeeee!!! awas kalo x dtg..heee..

Kami Staff dan bekas staff PBSP Tawau mengucapkan Sempena Raya ne Ampun Maaf di Pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..halalkan makan minum kami ye..
(Dari kiri : Lelek, Chalz, Isa, Seri)

Salam Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh ahli Rakan Muda yg berada di kawasan Daerah Lahad Datu dengan ucapan..Maaf Zahir & Batin. Ikhlas daripada Maya & Shah

Kami dr geng2 belia sharif mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kelab Rakan Muda Silam. Maaf Zahir & Batin.
(dari kiri: Ija,Lela,Ecil,Ct & Atie)



Isnin, Ogos 31, 2009

SAMPAIKAN SALAM AIDILFITRI ANDA HANYA DI KRM SILAM


Hai..Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung2 setia blog KRM Silam. Sempena menyambuat Aidilfitri yang akan menjelang tiba, krew KRM Silam membuka peluang kepada semua ahli2 KRM Silam, pengunjung2 blog KRM Silam dan kepada sesiapa sahaja yang menjenguk blog KRM Silam ini untuk menyampaikan Salam Aidilfitri anda kepada saudara mara, sahabat-sahabat anda tidak kira mereka berada di mana. Ucapan anda mestilah dilengkapi dengan nama anda, asal, no. telefon, gambar anda dan nama rakan anda yang menerima ucapan anda. Gambar dan ucapan anda hendaklah dikirim ke emel krmsilam_ld@yahoo.com . Pihak KRM Silam akan menyiarkan gambar dan ucapan anda sebaik sahaja menerima emel dari anda.

Khamis, Ogos 27, 2009

HAYATI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA




Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

SELURUH WARGA KRM SILAM MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA PADA 31 0G0S...!!!

1 SILAM...1 BELIA...1 MALAYSIA

JOM DENGAR SABAHAN.FM


Stesen Radio online No.1 di Sabah..!!

Mengasyikkan..!!

Dj-dj yang sporthing..!!

Anda Minta Lagu..Mereka Tunaikan...!!

Muzik-muzik tempatan terbaru..!!

Anda cuba...PASTI ANDA NAK DENGAR LAGI...!!!

Rabu, Ogos 19, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN


Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda, Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadhan kami ucapkan kepada semua pengunjung2 setia blog KRM Silam ini, di kesempatan ini pihak KRM Silam mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bersyukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnianya kita sekali lagi dapat merasakan nikmat bulan ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

Sempena bulan Ramadhan ini, satu program yang telahpun dirangka untuk para belia dan ahli rakan muda khasnya bagi mengisi aktiviti di bulan ramadhan iaitu Program Rakan Muda Ramadhan. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Sahsiah Remaja oleh Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun dengan melibatkan 5 buah masjid/program setiap daerah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 570 buah masjid/program seluruh Malaysia.

Program dibawah Gaya Hidup Rakan Masyarakat ini antara lain bertujuan membentuk satu generasi belia yang berazam untuk menjadi muslim sejati, memiliki sahsiah dan disiplin diri yang terpuji dengan mencontohi Rasulullah s.a.w, dimana mereka juga meyakini bahawa al-Quran itu adalah wahyu Allah s.w.t yang menjadi panduan dan pembimbing perjalanan hidup manusia di dunia dalam mengejar al-falah di akhirat kelak.

Terdapat 4 bentuk program yang boleh dilaksanakan dalam Rakan Muda Ramadhan ini iaitu Program Rakan Muda Tadarus Al-Quran, Sembahyang Tarawih dan Witir, Program Penghayatan Ramadhan, Program Sambutan Nuzul Al-Quran dan Program Rakan Muda Khatam Al-Quran Peringkat Negeri.

KUMPULAN SASARAN
i) Remaja muslim berumur 15-25 tahun
ii) Penggerak Rakan Muda
iii) Sukarelawan Rakan Muda
iv) Pelajar-pelajar Sekolah Menengah (Ting. 3 ke atas)
v) Pelajar-pelajar IPT/Kolej/Institut Perguruan

vi) Rakan Muda di Sektor Kilang/Perkhidmatan/Awam

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut sila berhubung terus ke :

Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau
Ting. 4, Wisma Persekutuan Tawau.

No. Tel : 089-776680

atau terus ke :

Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan.

No. Tel : 088-765 771/765 777

Isnin, Ogos 17, 2009

KARNIVAL RAKAN MUDA SEKTOR KEMAJUAN TANAH (FELDA) SELESAI DILANCARKAN

Tepat pukul 12.33 t/hari, Ahli Parlimen Silam YB. Hj. Salleh Bin Hj. Kalbi secara rasmi menutup Program Karnival Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (FELDA) peringkat Negeri Sabah di Dewan Kolej KINI, Cenderawasih Felda Wilayah Sahabat, Lahad Datu. Karnival ini berjaya menambat hati seramai 2000 belia yang datang dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Program Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (FELDA) ini memberi tumpuan dari aspek pembangunan modal insan yang meliputi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dikalangan belia remaja yang berada di FELDA. Program Karnival anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan Felda Wilayah Sahabat ini antara lain bertujuan membentuk belia prihatin, mahir dan dinamik sesuai dengan agenda pembangunan negara masakini. Ia juga memperluaskan skop dan capaian kumpulan sasar Program Rakan Muda kepada belia di kawasan FELDA. Justeru itu, Karnival ini juga dapat melahirkan belia FELDA kaya dengan kemahiran diri, sikap patriotisme, daya kepimpinan dan jatidiri yang terpuji melalui aktiviti kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena Karnival ini termasuklah pertandingan Futsal, Bola Tampar lelaki dan wanita, Bola Jaring serta Pameran dari kalangan Persatuan
Belia FELDA dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah sendiri (Unit Rakan Muda) . Ternyata Booth JBS Negeri paling mendapat tumpuan dan pelawat yang teramai, ini kerana selain pendaftaran percuma keahlian Rakan Muda, Booth JBS Negeri juga menawarkan hadiah misteri kepada pengunjung terawal dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Antara Pegawai Negeri yang turut berada di booth tersebut termasuklah PP Noorman, Pn. Fatimah, En. Fazly, Abg. Sam. Cik Rabiah, PRM Silam Rizal dan Sukarelawan Rakan Muda, Pn Norlela.

Keputusan Pertandingan Karnival Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah FELDA

Futsal :

1) Felda Anjung Teduh
2) Felda Desa Kencana

3) Felda Umas


Bola Tampar (L)

1) Felda Umas
2) Felda Anjung Teduh

3) Felda Desa Kencana

Bola Tampa (W)

1) Felda Desa Kencana

2) Felda Umas
3

) Felda Anjung Teduh

Bola Jaring
1) Felda Anjung Teduh

2) Felda Umas

3) Felda Desa Kencana


corat-coret Karnival Rakan Muda FELDA


Khamis, Ogos 13, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM


Seluruh warga Kelab Rakan Muda Silam mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Ustaz Asri Ibrahim (Ketua Kumpulan Rabbani) yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11 pagi kelmarin di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Al-Fatihah........

Isnin, Ogos 10, 2009

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL RAKAN MUDA SEKTOR KEMAJUAN TANAH (FELDA) PERINGKAT NEGERI SABAH 2009

Karnival Rakan Muda Di Sektor Kemajuan Tanah (FELDA) Peringkat Negeri Sabah akan dilancarkan pada 16 Ogos (Ahad) bertempat di Kolej KINI, Cenderawasih Felda Sahabat, Lahad Datu. Semua ahli Kelab Rakan Muda Silam, dan masyarakat di sekitar daerah Lahad Datu khasnya di alu-alukan datang untuk memeriahkan lagi Karnival tersebut. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut termasuklah pameran dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, pameran dari Belia Felda Seluruh Negeri Sabah, satu pameran Usahawan Belia dan Pameran dari Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah. Program Karnival ini antara lain memberi tujuan kepada masyarakat Felda khasnya untuk lebih mendekati aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Rakan Muda selain memperluaskan program Rakan Muda hingga ke akar umbi. Kelab Rakan Muda Silam juga sedang berusaha dengan JBS Negeri untuk sama-sama melibatkan diri terutamanya dalam merealisasikan tujuan penubuhan Kelab Rakan Muda iaitu mempromosi keahlian Kad Rakan Muda untuk masyarakat Felda. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Kelab Rakan Muda Silam belum dimaklumkan tentang program Karnival tersebut.

Karnival Rakan Muda Felda ini juga bakal memberi peluang kepada Kelab Rakan Muda Silam untuk mempromosikan keahlian Kelab yang setakat ini belum mendapat keahlian daripada masyarakat Felda khasnya, oleh yang demikian Kelab ini berharap agar Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dapat melibatkan Kelab Rakan Muda Silam untuk sama-sama memeriahkan lagi Karnival tersebut.


KELAB RAKAN MUDA SILAM
PEJABAT BELIA DAN SUKAN (P) BAHAGIAN TAWAU
TINGKAT 4, WISMA PERSEKUTUAN
91000 TAWAU, SABAH.
NO. TEL : 089-776680
NO. FAXS : 089-751759
EMEL : krmsilam_ld@yahoo.com