Ahad, Oktober 11, 2009

PROGRAM PAMERAN SEPAKAT BESTARI

Salam Perpaduan, Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia kpd semua pengunjung2 setia blog KRM Silam ini. Terlebih dahulu kami memohon maaf diatas keterlewatan kami mengupdate blog KRM Silam ini diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apapun keadaaan dah semakin baik seperti sedia kala..ehe...

Pada bulan 17 - 18 Oktober ini, Pejabat Belia dan Sukan (P) Lahad Datu dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Silam akan mengadakan Pameran yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Lahad Datu bertempat di Dataran SEDCO, Lahad Datu.


Program ini antara lain bertujuan menyampaikan maklumat dan fungsi sesuatu Kementerian/Jabatan atau Swasta kepada orang ramai melalui aktiviti pameran.
Justeru itu, semua ahli Kelab Rakan Muda Silam dan semua yang bermastautin di Lahad Datu, kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk turut sama-sama memeriahkan Program ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti Pertandingan Mewarna (kanak-kanak), Persembahan Tarian Kebudayaan, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Shuffle, Cabaran Mari Memasak, Persembahan Pentarama dan Senam Seni.

PROGRAM SEPAKAT BESTARI KOMUNITI BESTARI 2009

TARIKH : 17-18 OKTOBER 2009

BERTEMPAT : DATARAN SEDCO, LAHAD DATU.

1 ulasan:

  1. Saya bagi pihak penganjur dengan ini menjemput persatuan anda untuk menyertai kem kepimpinan suara belia merdeka pada 23hb oktober 2009...

    maklumat lanjut bolehlah melayari www.kbsm09.co.cc atau menghubungi en kahar di talian 0138694190

    kem suara belia merdeka

    BalasPadam

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.