Sebanyak 13 kumpulan telah menyertai pertandingan Shuffle & Breakdance/Hip Hop ini dan satu satunya penyertaan dari team pompuan adalah D-Heartbeat Girls. Walaupun begitu pasukan ini telah memberikan saingan sengit dan terbukti apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Kumpulan D'Illusion Movement telah mengejutkan semua pihak apabila merangkul kejuaraan setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu BSB-Hardstile dengan kelebihan 1 mata sahaja. Perbezaan 1 mata sudah cukup membuktikan pertandingan ini cukup sengit. Tempat Ketiga jatuh kepada kumpulan Hardstile Generation. Sebanyak 6 kumpulan sahaja dipilih untuk meneruskan persembahan diperingkat akhir. Pertandingan kali ini sangat istimewa kerana selain juri memberikan markah, juri juga dipertanggungjawabkan mengkritik setiap persembahan mereka dan ini jarang-jarang sekali berlaku..ehehehe...Cayalah korang!!!
Apapun, setinggi tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli kelab yang terlibat kerana berjaya menganjurkan program pertama kelab dengan jayanya. Penaung Kelab yang juga Ahli Parlimen Silam, YB Hj. Salleh Hj. Kalbi telah merasmikan penutupan kejohanan dan menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada pemenang. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, En. Abd. Isa Abd. Rasah dan Penggerak Rakan Muda Silam, sdr. Rizal Rafael...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan