Seramai 45 ahli Rakan Muda menyertai Program Kesukarelaan & Kemasyarakatan Rakan Muda peringkat Parlimen Silam yang dijalankan di Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK), Lahad Datu pada 25 April lalu. Program anjuran Penggerak Rakan Muda Silam itu adalah bertujuan memberi peluang kepada ahli Rakan Muda untuk mendampingi masyarakat melalui kegiatan dianjurkan dapat melahirkan tenaga muda yang sntiasa berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan, insan berkualiti dan berperibadi mulia juga akan dapat dilahirkan melalui program seperti ini. Ahli Parlimen Silam, YB Hj. Salleh B Hj. Kalbi telah merasmikan program tersebut sambil dihadiri oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bhgn Tawau, En. Felix Den Anthony Paru dan Pegawai Kebajikan Daerah Lahad Datu, Pn. Sarina Abd. Ghani. Program dibawah Gaya Hidup Rakan Masyarakat ini memang meriah dan ternyata mendapat pandangan yg positif dari pelbagai pihak. Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan kerana melalui program seperti ini akan dapat melahirkan modal insan yg kita harapkan.
En. Felix menyampaikan Cenderakenanagan kpd YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi
Pen. Setiausaha KRM Silam menerima sijil penyertaan
Antara kegiatan dan aktiviti yg dilakukan oleh peserta program :
P/S - Lepas baca, pandai2 lah korang bg ulasan ek..ehehehe..sbg tanda respon anda agar kami boleh menilai dan memperbaiki kelemahan kelab. Ulasan yg jujur k..kami alu-alukan.TQ!
Buat masa ini, KRM Silam sedang giat mempromosikan Pusat Cyber Rakan Muda dan sedang mencari keahlian baru untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran KRM Silam, Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan