Khamis, Julai 23, 2009

PERHATIAN PENGERUSI KELAB...!!!

SALURAN PERUNTUKAN DI BAWAH PROGRAM RAKAN MUDA SEBANYAK RM10.000

Sukacita dimaklumakn bahawa Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian tawau telah menggunakan dan mencadangkan akaun Kelab Teluk Darvel Lahad Datu sebagai saluran peruntukan untuk membiayai program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Silam. Untuk makluman juga, surat rasmi telah pun di faxs kepada Pengerusi Kelab Teluk Darvel dan Kelab Rakan Muda Silam menyatakan bahawa saluran peruntukan tersebut telah pun diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Oleh yang demikian, pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau mencadangkan agar Penggerak Rakan Muda Silam bersama-sama Pengerusi Kelab Rakan Muda Silam untuk membincangkan program-program yang akan dilaksanakan dengan pengerusi Kelab Teluk Darvel Lahad Datu.

P/S : Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sila hubungi Penggerak Rakan Muda dengan segera bagi membincangkan hal ini. Terima Kasih.

HJ. IDRIS HJ. MOHD THAUFECK
Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.