Isnin, Julai 06, 2009

D'ILLUSION MOVEMENT RANGKUL KEJUARAAN SHUFFLE & BREAKDANCE/ HIP HOP CHALLENGE RAKAN MUDA 2009


Salam Perpaduan dan salam Rakan Muda kami ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog krm silam ini, pada 04hb Jualai 2009 bertempat di Dewan Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu telah menjadi saksi kepada pertarungan sengit antara team-team yang mengambil bahagian pada Pertandingan Shuffle & Breakdance/Hip Hop yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Silam. Program pertama kelab ini berjaya menambat hati masyarakat di sekitar daerah Lahad Datu dengan jumlah kehadiran penyokong/penonton sungguh tidak dijangka. Keadaan Dewan yang sangat sesak telah melahirkan sedikit perasaan gemuruh dan terharu dikalangan ahli-ahli Kelab. Tahniah di ucapkan!!

Sebanyak 13 kumpulan telah menyertai pertandingan Shuffle & Breakdance/Hip Hop ini dan satu satunya penyertaan dari team pompuan adalah D-Heartbeat Girls. Walaupun begitu pasukan ini telah memberikan saingan sengit dan terbukti apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Kumpulan D'Illusion Movement telah mengejutkan semua pihak apabila merangkul kejuaraan setelah menewaskan pasukan pilihan iaitu BSB-Hardstile dengan kelebihan 1 mata sahaja. Perbezaan 1 mata sudah cukup membuktikan pertandingan ini cukup sengit. Tempat Ketiga jatuh kepada kumpulan Hardstile Generation. Sebanyak 6 kumpulan sahaja dipilih untuk meneruskan persembahan diperingkat akhir. Pertandingan kali ini sangat istimewa kerana selain juri memberikan markah, juri juga dipertanggungjawabkan mengkritik setiap persembahan mereka dan ini jarang-jarang sekali berlaku..ehehehe...Cayalah korang!!!

Apapun, setinggi tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli kelab yang terlibat kerana berjaya menganjurkan program pertama kelab dengan jayanya. Penaung Kelab yang juga Ahli Parlimen Silam, YB Hj. Salleh Hj. Kalbi telah merasmikan penutupan kejohanan dan menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada pemenang. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, En. Abd. Isa Abd. Rasah dan Penggerak Rakan Muda Silam, sdr. Rizal Rafael...

persiapan sblm mula.......................






P/S - Lepas baca sila2 ler komen ya..uhuhuhu...kami mgharapkan respon anda. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.