Selasa, Mei 26, 2009

PERKHEMAHAN ARP RAKAN MUDA SILAM MENERIMA KUNJUNGAN YB HJ. SALLEH HJ. KALBI

Salam Rakan Muda kami ucapkan kpd semua pelawat2 blog ini, Perkhemahan ARP Rakan Muda bagi peringkat Parlimen Silam telah selesai di laksanakan pada 24hb Mei lalu. Seramai 40 peserta telah menjalani program ini selama 3 hari 2 malam di Pusat Sejadi Madai, Kunak. Rata2 peserta gembira dan berpuas hati dengan kesemua aktiviti yang telah dirancang. Apa yang lebih bermakna kepada para peserta, bilamana Ahli Parlimen Silam YB. Hj. Salleh Hj. Kalbi membuat lawatan mengejut ke Tapak Perkhemahan pada hari ke 2. Walaupun sibuk dengan tugas2 rasmi, YB sempat menjenguk anak2 buahnya sambil diiringi oleh rombongan serta pihak media. Program ARP kali ini dilaksanakan bagi menyediakan aktiviti2 bagi peserta ARP pingat gangsa. Para peserta telah didedahkan dengan kemahiran seperti memasak dalam kumpulan, perkhemahan, jungle tracking, orientering, explorasi hutan dan sebagainya.YB Hj. Salleh Kalbi turut sempat beramah mesra dengan para peserta sambil memberi sedikit taklimat dan amanah mengenai kepentingan belia tentang pentingnya keamanan dan perpaduan serta kerjasama dalam sebuah negara memandangkan program seperti ini memberi banyak input kepada peserta. Beliau juga menegaskan, melalui program seperti ini, belia dapat dibimbing dan membina disiplin diri kearah mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berketerampilan, dan memahami sejarah perjuangan bangsa. Di pihak KRM Silam, kami megucapkan jutaan terima kasih kepada YB Hj. Salleh Hj. Kalbi yang sempat melawat ke tapak perkhemahan dan inilah pemimpin yang perlu dicontohi oleh semua. Kami turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kem Komanden En. Ajisman Tansi serta Jurulatih2 yang memang berpengalaman atas kejayaan program ARP ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan agar mencapai hasrat negara mwujudkan belia yang berketerampilan. See You The Next Programe!

YB Hj. Salleh dan rombongan melawat ke tapak perkhemahan

YB Hj. Salleh smpat merasai tinggal di dlm khemah brsama Penghulu..ehe..

para peserta sibuk menyiapkan khemah masing2 pd hari pertama


peserta ARP smpat posing wlupun sibuk masak mkn malam...

Hari2 terakhir peserta sempat melambaikan tangan menandakan mereke akat gembira dgn program ARP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB RAKAN MUDA SILAM
Pusat Kegiatan Rakan Muda Silam,
Fajar Center, Tingkat 1, Mile 1,
Jalan Segama, 91100 Lahad Datu,
Sabah.